Friday, May 20, 2011

AHMAD SETH TAN & NORA ELENA

Buat masa sekarang ni, saya amat tergila-gilakan AHMAD SETH TAN. Eh...salah tak bini orang gilakan orang lain?hehehe...suka2 jer...bukan betui pun...sampaikan hari2 update status di FACEBOOK pasal si setan hencem ni!hahaha....

NORA ELENA adalah adaptasi dari sebuah novel hasil karya MEEN ZULAIKHA bertajuk KASIH YANG SUCI. Cerita ini mengisahkan seorang gadis bernama NORA ELENA yang mempunyai kisah hitam yang disimpan rapi tanpa pengetahuan orang lain walaupun ibu bapanya sendiri.10 tahun yang lalu, dia pernah dirogol tapi sehingga ke saat ini, si pelaku masih menjadi misteri. 

Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Eid (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan (Aaron Aziz), dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat. tapi sebenarnya itu semua alasan. seth memang dah cintakan Nora sejak zaman sekolah lagi. Seth ni boss kepada Eid.

Konflik berlaku apabila Nora dan Seth Tan berkahwin. Setelah Nora betul2 sudah jatuh cinta dan sayang kepada suaminya yang sangat hensem, loving, caring & kaya tu...rupa-rupanya terkantoi si Seth yang merogolnya 10 tahun dulu. OMG! dapat di bayangkan kekecewaan Nora & tak sabar nak tunggu scene2 Seth pujuk isterinya yang sangat dicintainya itu. Mesti sangat romantik kan?owhhhh...x sabarrr!!!

bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora yang teramat sangat terhadapnya? Nora dah pregnent pulak tu masa tu!Berjayakah Seth memenangi semula hati Nora? isskkk...x sabarnya nak tunggu habis 24 episod...