Sunday, February 27, 2011

IKAN SIAKAP STIM & KACANG KUDA REBUS UTK HARI AHAD YG INDAH

Minggu ni masak stim lagi. Ikan je yg berbeza. Minggu lepas,ikan merah...minggu ni ikan siakap pulak. Ikan merah ari tu En.suami pancing. Ikan siakap ni pun dpt masa memancing...tapi bukan dia yg pancing tau. Pancing2 tak dapat...so dia beli je kat kolam tu..hahahaha...main kelat!

Mulanya nak masak 3 rasa atau sweet & sour. tapi memandangkan en.suami ada darah tinggi...x elokkan makan makanan bergoreng. Lagipun, masak stim ni senang & cepat siap. Bersihkan ikan...pastu tabur je bawang,serai,halia,cendawan hitam,suhun (yg dah direndam),daun celery & tomato. Letakkan sikit garam & sos tiram sebagai perasa. Dah siap masak...taburkan daun sup.
Untuk kudap2 pulak, saya rebus kacang kuda. Sekarang ni, masak semua yg pakai rebus2 jer.baik untuk kesihatan...lagi 1 sbb minyak mahal!so,kurangkan goreng2...hehehe

Saturday, February 26, 2011

RESIPI LASAGNA

Malam ni saya masak lasagna. Oleh kerana, ada yg inginkan resepi 'tibai' saya ni...saya kasilah yer...

Bahan-bahannya senang jer...sama mcm buat sos spagetti bolognese.

-i tin/botol sos spagetti
-bawang bombay (potong dadu)
-tomato biji (potong dadu)
-daging/ayam kisar

*tumis bawang...pastu masukkan daging cincang.agak2 ayam/daging dah masak...masukkan tomato.masak sampai bawang,tomato dah hancur.pastu baru masukkan sos spagetti.bolehlah tambahkan makaroni atau yg seangkatan dengannya...

Untuk kuah putih :
-butter
-susu segar
-tepung gandum
-secubit garam

*masukkan je semua bahan.masak sampai pekat...

pastu masukkan dlm bekas berlapis-lapis.kuah merah,kulit lasagna (boleh beli siap di pasar raya),kuah putih...teruskan sampai habis semua bahan.Last sekali, taburkan cheese di atasnya & bakar dalam 30 - 45 minit.....taraaa....siap!

Senang je kan?resipi ni asalnya tanya kawan2 + google di myresipi.com. tapi telah diolah ikut citarasa sendiri. SELAMAT MENCUBA!

               *kualiti gambar x seberapa sbb pakai handpon cap ayam jer...(buang je la DLSR tu..pemalas!)

17 FEB 2011~DATO' SITI @JUSCO MALURI

  Saya ni memang minat CT Nurhaliza...tapi x de le fanatik sangat. Suka tengok dia...suka dengar lagu2 dia. Dia datang ke JJ sebab roadshow SimplySity. Yang x bestnya dia datang weekdays!x sempat nak bergambar dengan dia. rehat 1 jam jer...huhu...


Friday, February 25, 2011

KETAGIH BERBLOGGING

Salam Jumaat semua...hari ni akak x de mood nak berjimba2 di hari jumaat. Biasanya kalau hari Jumaat mmg kami (dgn staff) akan merayap ke Jusco ke, Tesco ke, Times Square..kadang2 ke Jalan TAR pun lepas!Jangan terkujut, hari ni berjimba2 di cyber cafe je!nak berblogging punya pasal...hehehe....

memandang skrg ni hujung bulan (walaupun gaji dah masuk)...terpaksa korbankan masa berjimba2 selama 2 1/2 kerana mengejar target untuk registration this month. Bulan ni target 62. according to my boss...kalau semua keluar...tanpa ada yg reject baru target achieved. kalau ada yg reject walaupun 1...mampus!bulan depan makan basic je ler...huhu....

Sepatutnya planning last week, ari ni nak terjah ke TESCO KAJANG sbb ada Dato' CT kat sana (roadshow SimplySity)...tapi rasanya mcm x sempat la nak ke sana. Lupakan je lah kan? Lain kali carik CT lagi.minggu lepas kejar CT di JUSCO MALURI...tapi oleh kerana dia datang weekdays (rehat 1 jam) x dpt nak ambik gambar dgn dia...sedihhhh....

Thursday, February 24, 2011

BELAJAR BERBLOGGING

Ahkak tengah belajar berblogging. rasa mcm teruja nak berblogging sebab tengok adik ku NADIA (PINKY MOMMA) @http://eppyphamdiary.blogspot.com/ berblogging evey day.Rasa jeles dengan masa yang dia ada untuk family & diri sendiri. Bila agaknya kakakmu ini akan mengikut jejak langkahmu? sedar x sedar...dah setahun awak tinggalkan saya...*sob sob*

Untuk pengetahuan semua, Nadia bekas staff saya yg saya paling sherashi. Banyak bende yg kami kongsi bersama. Masa dia ambik keputusan untuk resign (ikut en.husband balik terengganu) thn lepas...saya memang sangat sedih. tapi nak buat macammanakan...saya sentiasa doakan kebahagian dia bersama keluarga keciknya di terengganu. Ada masa Sue & the gang akan serbu korang kat sana ek...tungguuuu!!!!

tengok lah si GIGAM nihh....ishh3x....x berubah....hehehehe...

Sunday, February 20, 2011

ICE ROOM - TAMAN SHAMELIN,CHERAS

18 Feb 2011 – saya telah berkunjung ke ICE ROOM di Taman Shamelin,Cheras. Ini kunjungan pertama saya ke outlet ICE ROOM.
Saya teruja untuk ke sini disebabkan ingin mencuba makanan yang ada di sini setelah melihat status rakan FB & juga pernah masuk JJCM. Kemudian saya juga terbaca artikel mengenai ICE ROOM cawangan KOTA DAMANSARA (milik orang melayu) di dalam majalah NONA keluaran MAC 2011. Nampak memang macam sangat menarik. Ada wifi, mini playground untuk anak2. Harga pun sama je mcm KOPITIAM2 yg ada/PAPARICH.
Sampainya saya di outlet Taman Shamelin ni, persoalan pertama di minda…adakah restoran ini HALAL? Menu disertakan tulisan cina,resit pun ada tulisan cina, hiasan pun ala2 cina...pekerja bukan cina!tapi saya yakin halal sebab kalau fikir secara logic yang cawangan Kota Damansara tu orang Islam punya. Tak kan tak halal kot kan?kalau dah francais mestilah semuanya sama.
Mereka ada menyediakan form untuk sebarang komen . untuk soalan ‘Adakah anda akan datang semula ke sini dan kenapa?’ & jawapan saya ‘TIDAK – kerana status HALAL’. Semoga mereka memberi  feedback pada komen saya….hehehe…

pamelo mango snow ice

Chicken bologness spagetti
Outlet - Shamelin

Antara cawangan2 yg ada...

Lazat!!!



Tuesday, February 15, 2011

TRILOGI CINTA

sekarang ni tengah gila 'TRILOGI CINTA'. cerita garapan dari 3 buah novel hasil tulisan Sharifah Abu Salem. Walaupun saya dah tau jalan ceritanya (sbb dah baca 3 3 buku), tapi tak tau kenapa...still nak kena tengok jugak episod seterusnya. Saya pun x de pulak suka sangat Rosyam Nor. tapi dalam cerita ni, nampak dia encem sangat!hehehe...kena tunggu episod seterusnya hari Ahad nanti. Lambatnyerrrr....

Rasa macam kejap je cuti.padahal cuti start ahad-selasa.lama jugak tu...esok dah kene keje.x sukerrrr!!!!bila saya nak jadi housewife ni???ya allah, kau berikanlah rezeki yg lebih kepada suamiku.buat masa sekarang,saya masih x boleh biar en.suami menanggung kami sekeluarga sendirian.cian kat dia...cian kat kami jugak nanti.cukup makan jer.....

SEBELUM CAHAYA - SANGAT SUKA LAGU INI!




Artist : Letto
Lirik Lagu : Letto - Sebelum Cahaya
Letto - Sebelum Cahaya 

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Chorus:
Ingatkan engkau kepada
Embun pagi bersahaja
Yang menemanimu sebelum cahaya
Ingatkan engkau kepada
Angin yang berhembus mesra
Yang kan membelaimu cinta

Kekuatan hati yang berpegang janji
Genggamlah tanganku cinta
Ku tak akan pergi meninggalkanmu sendiri
Temani hatimu cinta

Chorus

Ku teringat hati
Yang bertabur mimpi
Kemana kau pergi cinta
Perjalanan sunyi
Engkau tempuh sendiri
Kuatkanlah hati cinta

Monday, February 14, 2011

CUTI...CUTI...CUTI...

Hari ni akak cuti dek non!saje je nak relax2 kat rumah. lagipun sbb esok cutikan...so, saje je la sambung. Lagipun, annual akak ada 21 hari uuuu!!!apedehal setakat nak cuti 1 hari ye dak?

Bila agaknya tiba masa saya untuk jadi surirumah sepenuh masa? bahagia je dapat duk kat rumah dengan anak2...sambil menjahit...sambil masak2. Ayah, ibu akan sentiasa doakan semoga bisnes ayah semakin berkembang & berjaya. masa tu, boleh lah ibu resign & jadi full time housewife!baru je membayangkan je dah cukup bahagia...aduhhh...syok nyer!

Saturday, February 12, 2011

PERMULAAN CATATAN

Entah kenapa hatiku digamit untuk membina blog baru untuk catatan perjalanan kehidupan diriku dan juga keluargaku yg tercinta walaupun ku tahu laman sesawang ini akan sentiasa bersawang...hehehe....

Sebelum ini saya sudah ada fotopages....tapi sudah lama ku tinggal. mesti sedih FP tu...tuannya sudah x sudi singgah.sampaikan password pun dah lupa!tragiskan?pastu ada hati pulak tu nak berblogging!aduyaiiii....