Friday, March 25, 2011

FACEBOOK vs TWITTER

Aduiiii.....sudah hampir bersawang blogku ini. Hangat2 taik ayam je nak berblogging. Dah masuk hari ke-10 tak update...hehehe

Hari ni nak cerita pasal FACEBOOK la. Untuk pengetahuan, saya ni mmg sentiasa bermuka buku. 24 jam sehari. Blackberry memang tak boleh lekang dari tangan walau seminit.

Apa yg bestnya ber'FACEBOOK'? antaranya ialah :
  • dapat ramai kawan (lama & baru)
  • dapat mendekatkan hubungan yg jauh (rasa mcm dekat je org tu)
  • boleh sambil2 berbisnes!
  • boleh meluah perasaan/bertanya tentang apa2 kemusykilan.
kenapa orang kata FACEBOOK berhantu?ke orang yg berFACEBOOK tu sebenarnya hantu?hahaha....memang FB berhantu sbb kadang2 selain dari mengeratkan silaturrahim,FB juga boleh memutuskan silaturrahim. Anda percaya?Saya percaya sbb saya pernah mengalaminya. 2 kali pulak tu!Saya teramat kecewa...tapi FACEBOOK tak bersalah. mungkin saya yang tak bernasib baik atau saya yang tidak pandai menggunakan FB dengan baik. Saya tidak menyalahkan FB dan saya sama sekali tidak menyalahkan orang lain. Mungkin ini satu pengajaran untuk saya....dan mungkin juga saya harus kurangkan/stop berFB?Tepuk dada tanya selera.....

Untuk mengubat kekecewaan, saya bercadang ingin ber'TWITTER' pulak. Akaun twitter saya ini nanti hanya akan ada orang2 terpilih sahaja. akaun FB saya dah terlampau ramai friend....sampai ada yang tak dikenali. Tak approve nanti mereka2 terasa pulak...chewahhh...ayat mcm la kita ni glames!hahaha....

Berjayakah saya ber'TWITTER'? Tungguuuu.....

Tuesday, March 15, 2011

HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

Hari Sabtu lepas (12/3/2011)...saya,en.suami & fareez gi layang wayang @TGV Cheras Selatan. amat teruja nak tengok cerita hasil anak tempatan yg dikatakan setaraf dengan cerita dari negara luar. cerita ni juga ditayangkan di beberapa negara luar. Kos pun habis 8 juta!bertahun2 Yusri nak siapkan cerita ni. salute u la!

sape2 yg belum tengok, pergi la tengok. tak rugi duit beli tiket. sokonglah filem tempatan. kalau kita tak sokong,sape lagi yg nak sokong?


hero yg sgt gagah perkasa!


Friday, March 4, 2011

04.03.2011~BIRTHDAY FAHMEE@BOBOT YANG KE-2

Budak BOBOT atau nama sebenarnya FAHMEE BATRISYIA BIN ROSMIN ini telah dilahirkan di HUKM, Cheras,Kuala Lumpur pada 04.03.2009 pada pukul 3.07am. Ketika itu saya berumur 31 tahun. Pengalaman mengandung anak ke-3 ini sama je macam yang terdahulu. tidak muntah2..tidak pening...makan selagi boleh...bersalin pun tak lama...waktu pun sama...awal pagi...jahit pun sama...agak banyak!ngeri kalau nak membayangkan...bezanya BOBOT telah disambut oleh doktor lelaki berbangsa IRAN!1st time bersalin dengan doktor lelaki.tapi pada masa tu...perasaan malu x de...

Bersalin pukul 3.07am....esoknya dah oleh discharge. Bil dalam RM3xx.xx jer (company tanggung..hehehe). 2 3 hari lepas bersalin baru mak datang ke KL. Mak jaga saya dalam 2 minggu. Lepas tu, mak balik Segamat balik. Biasalah orang tua, teringat abah la, bunga la...macam2...

Layan pic2 si bobotku yg aktif nih....
Beberapa jam selepas dilahirkan

masa ni...dah balik rumah

masa umur setahun lebih....


hantu air!

Si bobot berumur 2 tahun...