Friday, March 25, 2011

FACEBOOK vs TWITTER

Aduiiii.....sudah hampir bersawang blogku ini. Hangat2 taik ayam je nak berblogging. Dah masuk hari ke-10 tak update...hehehe

Hari ni nak cerita pasal FACEBOOK la. Untuk pengetahuan, saya ni mmg sentiasa bermuka buku. 24 jam sehari. Blackberry memang tak boleh lekang dari tangan walau seminit.

Apa yg bestnya ber'FACEBOOK'? antaranya ialah :
  • dapat ramai kawan (lama & baru)
  • dapat mendekatkan hubungan yg jauh (rasa mcm dekat je org tu)
  • boleh sambil2 berbisnes!
  • boleh meluah perasaan/bertanya tentang apa2 kemusykilan.
kenapa orang kata FACEBOOK berhantu?ke orang yg berFACEBOOK tu sebenarnya hantu?hahaha....memang FB berhantu sbb kadang2 selain dari mengeratkan silaturrahim,FB juga boleh memutuskan silaturrahim. Anda percaya?Saya percaya sbb saya pernah mengalaminya. 2 kali pulak tu!Saya teramat kecewa...tapi FACEBOOK tak bersalah. mungkin saya yang tak bernasib baik atau saya yang tidak pandai menggunakan FB dengan baik. Saya tidak menyalahkan FB dan saya sama sekali tidak menyalahkan orang lain. Mungkin ini satu pengajaran untuk saya....dan mungkin juga saya harus kurangkan/stop berFB?Tepuk dada tanya selera.....

Untuk mengubat kekecewaan, saya bercadang ingin ber'TWITTER' pulak. Akaun twitter saya ini nanti hanya akan ada orang2 terpilih sahaja. akaun FB saya dah terlampau ramai friend....sampai ada yang tak dikenali. Tak approve nanti mereka2 terasa pulak...chewahhh...ayat mcm la kita ni glames!hahaha....

Berjayakah saya ber'TWITTER'? Tungguuuu.....

No comments:

Post a Comment